Tuesday, March 14, 2006

UNTUK SAHABAT2 PKPG TAASL IIUM 2003/06

Assalamualaikum semua..
Maa fi rajaai illa annakum jamiian 'ala atammi sihhati wassalaamah wal' afiah fid diin wad dunya wal akhirah..

Setinggi-tinggi ucapan syabas kepada kalian semua yang telah pun berjaya mengharungi segala macam ujian dan cobaan semasa di IIUM..akhirnya semua tu bisa kalian hadapi dengan jayanya. Tahniah! dariku..

Seseungguhnya kejayaan itu adalah terletak pada pertolongan Allah yang diserta dengan usaha yang bersungguh-sungguh...20% sahaja usaha yang betul-betul akan menghasilkan 80% kejayaan...

Setelah kalian kembali ke alam sekolah...bermulalah perjuangan kalian untuk fasa kedua...fasa yang lebih mematangkan kalian...fasa yang akan lebih mencabar kita dengan bermacam-macam mihnah duni akahir zaman ni...tengok sana tu, anak2 murid yang canggih segala-galanya...bersedialah untuk menjadi seorang pendidik yang ikhlas demi anak bangsa...jangan pulak kita kita banyak membatuk ditangga. Hadapilah mereka dengan penuh hikmah..mau tak mau, tak perlu kita nafikan..kita sememangnya adalah pendakwah..paling tidak pada naka murid kita..

Justeru berazamlah kita untuk jadi suri teladan demi sebuah risalah...jangan pula zon penuh selesa yang kita nikmati melalai dan melekakan kita dari tanggungjawab besar ini. Ingat, segala gerak geri kita diperhatikan, malah akan dicontohi dan diikuti...amatlah malang andai kita mengabaikan aspek penting ini...ingat pesan Ustaz Ismail; Kalau orang alim sibuk dengan perkara mubah..orang awam akan sibuk dengan dunia. Andai orang alim sibuk dengan dunia, orang awam sibuk dengan perkara makruh...dan seterusnya..

Akhirnya, sama-samlah kita memperbaiki segala kelemahan yang ada dan sentiasalah mempertingkatkan ilmu,amalan dan kemahiran dalam mengharungi suasana yang mencabar dan semakin mencabar. Yang penting, tingkatkanlah taqwa serta berpegang teguhlah dengan tali Allah..semoga kita kembali kepadaNya dalam Raadhiatan Mardhiyyah..

Maafkan segala kesalahan dan kesilapanku...moga persahabatan kita akan terus berkekalan buat selamanya.

Akhukum fillah

No comments: