Assalamualaikum semua..
Maa fi rajaai illa annakum jamiian 'ala atammi sihhati wassalaamah wal' afiah fid diin wad dunya wal akhirah..
Setinggi-tinggi ucapan syabas kepada kalian semua yang telah pun berjaya mengharungi segala macam ujian dan cobaan semasa di IIUM..akhirnya semua tu bisa kalian hadapi dengan jayanya. Tahniah! dariku..
Seseungguhnya kejayaan itu adalah terletak pada pertolongan Allah yang diserta dengan usaha yang bersungguh-sungguh...20% sahaja usaha yang betul-betul akan menghasilkan 80% kejayaan...
Setelah kalian kembali ke alam sekolah...bermulalah perjuangan kalian untuk fasa kedua...fasa yang lebih mematangkan kalian...fasa yang akan lebih mencabar kita dengan bermacam-macam mihnah duni akahir zaman ni...tengok sana tu, anak2 murid yang canggih segala-galanya...bersedialah untuk menjadi seorang pendidik yang ikhlas demi anak bangsa...jangan pulak kita kita banyak membatuk ditangga. Hadapilah mereka dengan penuh hikmah..mau tak mau, tak perlu kita nafikan..kita sememangnya adalah pendakwah..paling tidak pada naka murid kita..
Justeru berazamlah kita untuk jadi suri teladan demi sebuah risalah...jangan pula zon penuh selesa yang kita nikmati melalai dan melekakan kita dari tanggungjawab besar ini. Ingat, segala gerak geri kita diperhatikan, malah akan dicontohi dan diikuti...amatlah malang andai kita mengabaikan aspek penting ini...ingat pesan Ustaz Ismail; Kalau orang alim sibuk dengan perkara mubah..orang awam akan sibuk dengan dunia. Andai orang alim sibuk dengan dunia, orang awam sibuk dengan perkara makruh...dan seterusnya..
Akhirnya, sama-samlah kita memperbaiki segala kelemahan yang ada dan sentiasalah mempertingkatkan ilmu,amalan dan kemahiran dalam mengharungi suasana yang mencabar dan semakin mencabar. Yang penting, tingkatkanlah taqwa serta berpegang teguhlah dengan tali Allah..semoga kita kembali kepadaNya dalam Raadhiatan Mardhiyyah..
Maafkan segala kesalahan dan kesilapanku...moga persahabatan kita akan terus berkekalan buat selamanya.
Akhukum fillah
Tuesday, March 14, 2006
Tuesday, March 07, 2006
TANGISAN BUMI..TAHUKAH ANDA?
Tahukah anda? ..dengan tangisan bumi manusia mampu meneruskan hidup sejak dahulu sampai hari Kiamat. Apa sebenarnya tangisan bumi itu? Disebut dalam Tafsir Ruh Al Bayan Jilid 1, tatkala Allah ingin menciptakan lembaga Adam, Allah mewahyukan pada bumi bahawa Dia kan mengambil bahagian-bahagian bumi "Adimul ardh" sebagai bahan utama untuk mencipta lembaga tersebut. Dalam pada itu Allah menyatakan, makhluk yang akan diciptakan itu sebahagaiannya akan dimasukkan ke Neraka dan sebahagiannya pula akan ke Syurga.. Mendengar penjelasan itu Bumi terus mennangis..Ya Allah apakah Engkau nak ciptakan makhluk dari aku dan memasukkan pula ke neraka...bumi terus menangis dan menangis hinggalah hari kiamat...Jadi apa yang kita minum itu adalah air mata bumi. Oleh yang demikian, bila air mata itulah yang mendinginkan kita, menghilangkan dahaga kita...bayangkan andai hidup kita tanpa AIR..Hargailah nikmat Allah yang tidak ternilai ini!
Thursday, March 02, 2006
MILIKI CD UNTUK PENULISAN ALQURAN
MEMUDAHKAN ANDA UNTUK PENULISAN ALQURAN..SESUAI UNTUK GOLONGAN PELAJAR, PENDIDIK, PENULIS DAN SESIAPA SAHAJA..DILENGKAPI DENGAN TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS (2 VERSI) DAN JUGA TAFSIR JALALAIN..JUGA MEMUDAHKAN ANDA MENCARI KALIMAH DAN JUGA AYAT-AYAT TERTENTU.. BOLEH DENGAR BACAAN...ARAHKAN SAHAJA..WORD AKAN BEKERJA MENULIS BESERTA BARISNYA SEKALI...BOLEH TUKAR JENIS FONT DAN SAIZ...
DAPATKANNYA SEKARANG JUGA!!!
HUBUNGI: azmaniypkpg@yahoo.com
ATAU : 012 6280378
DAPATKANNYA SEKARANG JUGA!!!
HUBUNGI: azmaniypkpg@yahoo.com
ATAU : 012 6280378
Subscribe to:
Posts (Atom)